Wednesday, August 9, 2017

Ketika Rasulullah Saw Menunaikan Ibadah Haji

Menunaikan haji adalah rukun Islam kelima dan ia dikerjakan hanya di sekitar tanah suci Mekah serta masanya hanya dari 9 hingga 13 Zulhijah. Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, sa’i, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.
 .
Firman Allah SWT:

فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

“Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (QS. Al-Imran: 97)
 .
Ibadat haji hanya diwajibkan kepada Muslim yang berkemampuan dari segi keuangan, kesehatan fisik dan juga mental. Allah Swt membuka ruang dan memudahkan semua hamba-Nya menziarahi, mendekatkan diri dan bermunajat kepada-Nya serta memohon limpah Rahmat-Nya dan Hidayah-Nya. Ibadat haji adalah satu-satunya peluang keemasan untuk kita mengadap Allah Swt secara lebih dekat.

Lalu bagaimana kisah perjalan Haji Rasulullah Saw?

Abdullah Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu berkata,

“Nabi berangkat daripada Madinah selepas bersikat dan menyapu minyak rambut, dan memakai kain dan selendang. Baginda tidak melarang sedikit pun daripada memakai selendang dan kain kecuali yang dicelup dengan za’faran yang za’faran itu melekat di kulit.

Baginda memasuki waktu pagi di Zul Hulaifah, dan baginda menunggang kenderaan baginda. Sehingga, baginda tinggal di Baida’. Baginda dan para sahabat membaca Talbiyah, dan baginda mengalungkan unta baginda.

Demikian itu hari lima (dalam satu riwayat: pagi hari keempat) terakhir Zulqaedah, lalu baginda tiba di Makkah pada empat malam (dalam satu riwayat: pagi hari keempat) daripada bulan Zulhijjah, lalu baginda melakukan Tawaf di Baitullah.

Baginda melakukan sa’i antara Shafa dan Marwah. Baginda tidak bertahalul karena telah mengalungi unta baginda.

Kemudian baginda singgah di daerah utara Makkah di Hajun di mana baginda membaca Talbiyah untuk haji.

Baginda tidak menghampiri Ka’bah selepas Tawaf di sana sehingga baginda pulang dan Arafah, dan menyuruh para sahabat untuk Tawaf di Baitullah dan (sa’i) antara Shafa dan Marwah.

Kemudian mereka mencukur sebahagian kepala mereka, dan bertahalul. (Dalam riwayat lain: Lalu baginda memerintahkan mereka menjadikannya sebagai umrah), dan yang demikian itu bagi yang tidak membawa unta yang dikalungi. Bagi orang yang bersama isterinya, maka isterinya itu halal baginya. Halal juga harum-haruman serta pakaian.”

Demikianlah sahabat bacaan madani kisah perjalanan haji Rasulullah Saw. Semoga Allah Swt memudahkan jalan untuk kita agar bisa menunaikan rukun Islam yang ke lima ini. Aamiin.

No comments:

Post a Comment