Ketika Munkar Dan Nakir Menanyai orang Beriman dan yang Ingkar

Malaikat Munkar dan Nakir adalah dua diantara sepuluh Malaikat yang wajib diketahui dan diimani keberadaannya. Tugas keduanya mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepada para mayat yang baru saja di kubur.

Menurut ajaran Islam, setelah kematian dari setiap jiwa akan menuju ke alam barzakh atau alam kubur, dimana si mayat akan dibolehkan kembali bangkit dan berbicara ketika ditanya oleh kedua-dua Malaikat Munkar dan Nakir, walaupun tubuhnya telah hancur. Pertanyaan akan dimulakan yakni selepas proses pengkebumian telah. Malaikat Munkar dan Nakir akan menanyakan beberapa pertanyaan kepada mayat.

Barra' bin Azib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Ada dua malaikat yang akan menanya si mayat. Kedua-duanya akan menyiasat si mayat dengan terperinci. Inilah rintangan terakhir yang dihadapi oleh mayat".

Apabila si mayat dapat menjawab kesemua pertanyaan, maka terdengarlah seruan : "Benarlah engkau"

Selepas itu datanglah seorang yang cantik, wangi dan pakainnya indah dan berkata : "Gembiralah anda mendapat rahmat Allah Swt dan Syurga yang cukup menyenangkan". 

Kemudian mayat itu berkata : "Engkaupun beruntung mendapat nikmat daripada Allah Swt, siapakah engkau ?" 

Jawabnya : "Akulah amal solehmu. Demi Allah Swt sepengetahuanku, engakau sangat taat mengerjakan suruhan Allah dan menghindari perbuatan maksiat, maka Allah pun memberi ganjaran kepadamu"

Kemudian terdengarlah seruan : "Berilah dia pakaian daripada Syurga dan bukakan kepadanya pintu ke Syurga. Kemudian diberilah dia pakaian daripada Syurga dan dibukakan pintu-pintu Syurga"

Kemudian mayat itu berdoa : "Ya Allah, segeralah qiamat, semoga aku berjumpa dengan keluargaku dan mendapat hartaku"

Sedangkan orang-orang kafir, apabila sudah menghadap ke akhirat, turunlah  kepadanya Malaikat yang sangat kejam dan memakai pakaian api dan baju daripada aspal. Apabila rohnya keluar semua malaikat yang berada di antara bumi dan langit serta Malaikat yang berada di langit melaknatinya. Semua pintu-pintu langit terkunci karena tidak ada yang suka roh tersebut lalu di hadapannya.

Ketika roh itu mau naik, para Malaikat pun mencampak semula roh itu ke bumi karena amal jahatnya. Kemudian ada yang berkata : "Ya Allah, hambamu yang bernama ini tidak diterima oleh langit dan bumi."

Lalu Allah Swt berfirman : "Pulangkan dia, dan campakkan ke tempat yang telah Aku sediakan. Aku sudah menyediakannya sesuai dengan firmanKu (yaitu Surah Thaha ayat 55)"

مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَىٰ

"Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain," (QS. Thahaa :55)

Maka mayat orang kafir itupun dapat mendengar suara selipar ketika orang yang menghantarnya mau pulang, sehinggalah dia mendengar pertanyaan : "Siapa Tuhanmu, Siapa nabimu dan apa agamamu ?"

Dia akan menjawab : "Saya tidak tahu."

Kemudian disebutnya lagi  "Saya tidak tahu" dan begitulah setiap kali pertanyaan dikemukakan kepadanya.

Selepas itu datanglah orang yang sangat bodoh, berbau dan berpakaian buruk dan berkata : "Rasakanlah kemurkaan dan siksa Allah Swt." 

Mayat kafir tadipun bertanya : "Siapa engkau ?"  

Jawab orang bodoh itu : "Akulah amal jahatmu. Engkau selalu mengerjakan maksiat kepada Allah serta tidak mahu mentaati perintah Allah, oleh karena itu Allah memberi balasan yang setimpal kepadamu"

Mayat kafir itupun berkata : "Engkaupun mendapat kemurkaan Allah Swt."

Kemudian datang seorang yang tuli, bisu dan pekak membawa tukul daripada besi yang teramat berat yang tidak mampu diangkat  dan dipikul oleh manusia dan jin. Kalau dipukulkan kepada gunung niscaya runtuhlah gunung itu. Lalu dia memukul mayat itu sekali pukul terus menjadi debu. Setelah itu dikembalikan rohnya dan dipukul lagi di antara kedua belah matanya sehingga didengar oleh seluruh penduduk bumi kecuali jin dan manusia.

Setelah itu terdengar suara : "Berikan pakaiannya daripada api dan bukakan pintu ke neraka." Kemudian diberilah dia pakaian daripada api dan dibukakan pintu neraka.

Demikianlah sahabat bacaan madani ulasan tentang malaikat Mungkar dan Nakir saat menanyai mayat orang yang beriman dan kafir di alam barzakh. Mudah-mudahan kita termasuk orang-orang yang dapat menjawab pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir kelak di alam barazakh. Aamiin.
Share on Google Plus

About Bacaan madani

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 komentar :

Post a Comment