Senin, 25 Juli 2016

3 Ciri-ciri yang Harus Dimiliki Orang Sabar Menurut Al-Qur’an


Sabar adalah suatu sikap menahan emosi dan keinginan, serta bertahan dalam situasi sulit dengan tidak mengeluh. Sabar merupakan kemampuan mengendalikan diri yang juga dipandang sebagai sikap yang mempunyai nilai tinggi dan mencerminkan kekokohan jiwa orang yang memilikinya. Semakin tinggi kesabaran yang seseorang miliki maka semakin kokoh juga ia dalam menghadapi segala macam masalah yang terjadi dalam kehidupan. Sabar juga sering dikaitkan dengan tingkah laku positif yang ditonjolkan oleh individu atau seseorang.

Salah satu dalil tentang kesabaran menurut Islam adalah dalam Qur'an, sungguh Allah Berfirman:

"Bersabarlah kalian. Sungguh Allah bersama orang-orang yang sabar." (QS. Al-Anfal : 46)

Dalil ini menunjukkan bahwa sabar itu wajib. Dalam hal ini, seseorang menahan diri dari segala ujian yang menimpanya dan itu dianggap berat olehnya; tapi dengan dia menahan diri dengan jalan bersabar, maka dia menjauhkan dirinya dari kemarahan terhadap segala yang menimpanya demi menjaga keimanannya.

Namun demikian, masih ramai umat Islam yang keliru dalam memahami arti dari sabar. Ada yang menyangka, sabar bererti ‘mengusap dada’ setiap kali menghadapi masalah hidup. Ada pula yang mengungkap sabar itu ada batasnya, lalu apabila sampai dibatasnya kesabaran akan hilang! Adakah ini sudah memadai untuk dinamakan sabar?

Lalu bagaimana ciri-ciri orang yang sabar menurut Al-Qur’an? Ciri-ciri orang yang sabar sudah dijelaskan Allah Swt dalam Al-Qur’an. Sebagaimana firman Allah Swt,

“Dan berapa ramai para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah (mental) kerana bencana yang menimpa di jalan Allah tidak lesu (dalam penampilan), dan tidak menyerah (dalam aktiviti). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (QS. Ali Imran: 146)

Dari ayat 146 surah Ali Imran (seperti di atas), menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat tiga kriteria orang sabar.

Pertama, “Maa Wahanu” (Tidak pengecut atau tidak lemah mental)

Apabila berhadapan dengan kesulitan hidup, dia memiliki ‘kontrol diri’. Dia segera menstabilkan emosi dan mentalnya, sebelum orang lain mengingatkannya. Nasihat orang lain agar dia bersabar hanya berperanan sebagai ‘faktor tambahan’ bagi stabiliti dirinya.

Pada suatu ketika, Rasulullah Saw melintasi sebuah kawasan perkuburan. Baginda melihat seorang ibu menangis tersedu-sedu sambil menutup mukanya di atas pusara anaknya yang baru saja dimakamkan. Nabi menghampiri seraya bersabda,

“Wahai ibu, bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah.”

“Engkau tak tahu apa yang aku rasakan.” Katanya.

Nabi pun meninggalkannya. Seorang sahabat yang menyaksikan peristiwa tersebut, berkata kepada wanita tadi, “Adakah engkau tahu, siapa yang berbicara denganmu tadi? Itu adalah Rasulullah Saw!

Wanita itu terkejut. Bergegas dia mengejar Nabi Muhammad Saw ingin meminta maaf atas kelancangan perilakunya. Ketika bertemu, Nabi Saw bersabda,

“Sesungguhnya sabar yang sejati hanyalah pada saat seseorang terkena musibah untuk kali yang pertama (pantulan awal)!”

Kedua, “Ma Dha’ufuu” (Tidak lesu dari segi penampilan)

Seseorang yang sabar tidak pernah merasa perlu menampilkan kesedihan atau kesulitan masalahnya kepada orang lain. Dia pantang menampilkan kelesuan di raut wajahnya, betapa sulit pun masalah yang dihadapi. Dia sedar betul bahawa tiada manusia di dunia yang luput dari masalah. Secanggih mana pun seorang pakar psikiatri atau psikologi dalam menangani masalah orang lain, nescaya dia juga tidak terlepas dari bebanan masalah. Walaupun mungkin orang sabar harus menampilkan kelemahan diri, maka dia sampaikan kepada Allah subhanahu wa ta'ala di kesunyian malam melalui salat (shalat) Tahajud.

Ketiga, “Mas takaanuu” (Tidak menyerah atau tunduk dari segi aktivitas)

Seorang yang sabar sentiasa memelihara ketekunan dan ketahanan dirinya. Dia sentiasa gigih dalam usaha mencapai sasarannya. Dia seorang yang tak kenal perkataan putus asa. Tidak ada dalam kamus hidupnya putus harapan. Dia tak mudah patah semangat apabila berhadapan dengan kegagalan. Dia bukanlah seorang pesimis, malah selalu memelihara dan mengembangkan sikap optimis dalam hidupnya. Jika dia menemui kegagalan hari ini, dia akan cuba sekali lagi keesokan harinya. Jika esoknya dia masih gagal, dia cuba kembali pada hari lusanya. Bila setelah sekian kali menemui kegagalan, maka dia akan membuat keputusan untuk mengubah usahanya ke bidang yang lain. Yang pasti dia tak akan pernah memilih untuk duduk diam, tanpa usaha.

Seringkali manusia lupa bahawa hidup di dunia berbeza dengan di akhirat. Di akhirat segala sesuatu menjadi serba kekal. Seseorang hanya akan merasakan bahagia yang terus menerus di dalam syurga, atau sebaliknya mendapat siksa yang kekal di neraka jahannam. Sebaliknya kehidupan di dunia bersifat fana, nisbi dan penuh dinamik. Suka duka, berjaya gagal, rahmat dan bencana datang silih berganti. Pada suatu ketika seseorang itu berada di atas manakala pada ketika yang lain dia berada di bawah. Dalam suasana yang dinamik inilah amat diperlukan sifat sabar.

2 komentar:

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.